05 November 2007


"Semoga sihat dan dirahmati Allah SWT"


Di atas nasihat seseorang melalui emel, sebahagian entri dari blog ini tidak disiarkan buat sementara waktu.

Segala penulisan dan hasil karya akan dipindahkan ke laman web yang sedang dibina. Buat kumpulan pelajar dari UITM Perak terutama saudari Wawa dan saudari Ika yang sedang menjalankan kajiannya terhadap animasi, papan iklan dan penghasilan poster wayang, boleh menghubungi saya terus melalui emel.

Terima kasih,
jOnOs

17 ulasan:

azhar berkata...

adakah kes estidotmy menyebabkan entri di blog ni tidak di siarkan..

kini blog abg jonos menjadi begitu ilmiah..

best,,,

banyak leh belajar..

post more..

Tanpa Nama berkata...

teruskan berblogging! teruskan menulis! tabiks!

Tanpa Nama berkata...

Tuan Azhar..

Itu adalah benar. Blog ini akan bersambung apabila 'kes' itu selesai.

Tanpa Nama berkata...

Cik Fifi..

Saya tetap menulis dan perkongsian ilmu akan tetap diteruskan..

Tabik kembali!

azhar berkata...

teruskan...abe jonos..

takde karya /sketch baru ke?

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Presiden Azhar.

Sketching ada dalam simpanan. Sedang tunggu waktu siaran.

icha cayot berkata...

happy belated birthday for jOnOs.....sweet 30th....


[url=http://www.pimp-my-profile.com/graphics/view.php?g=1062&c=Birthdays][img]http://content.pimp-my-profile.com/graphics/wset8/bdayall.gif[/img][/url]

Tanpa Nama berkata...

Gostei muito desse post e seu blog é muito interessante, vou passar por aqui sempre =) Depois dá uma passada lá no meu site, que é sobre o CresceNet, espero que goste. O endereço dele é http://www.provedorcrescenet.com . Um abraço.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Icha Cayot

Tanpa Nama berkata...

Cresenet,
Tengkiu lavisto karaci arumpas Chow Kit Road.

el-Maaniq berkata...

Assalamualaikum Tuan.
Apa cerita? Dah lama pending ni.

Tanpa Nama berkata...

El-maaniq..
Aha ha. Akan kembali suatu hari nanti. Amin!

aMeir berkata...

Aku ketinggalan isu estidotmy.. kenapa? Apa yang terjadi?

Tanpa Nama berkata...

Ameir,

Hati-hatilah menulis di blog. Sebahagian sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini bagi berkongsi tentang animasi terpaksa dihentikan sementara.

Boleh lihat di forum ini:

http://www.pergh.com/forum/index.php/topic,11424.0.html

aMeir berkata...

Oo isu yang itu. Aku pun ada membaca dan menyimpan estidotmy yang ( itu ). Beberapa kesalahan fakta juga terdapat dalam beberapa artikel yang lain. Kerana si"pengkopy-paste" itu hanya masuk internet - wikipedia dan lain-lain, tanpa sebarang rujukan ilmiah dan temuramah dengan individu-individu terlibat, seperti En Hassan, En Kamn, Ida rahayu, Raja Azmi, Pihak RTM, Finas dan lain-lain.
Bayangkan, ditulisnya Kak Kiah selalu menyuruh Usop ke kedai beli Belacan. (fakta- Asam Boi & Jeruk) -kompom dia pun tak pernah tengok Usop Sontorian. Tapi dalam Wikipedia memang tertulis demikian. Almaklum.

Homework Studio berkata...

Untuk Jonos.
Tahniah reputasi anda dalam karya Politik. Teruskan pengamatan saudara pada isu-isu berlegar. Menjawab pertanyaan anda,
-Penamat Keluang Man, sebenarnya aku pun dah keliru. Banyak yang belum aku nukilkan di sini. Perjuangan Keluang Man terhenti seketika pada awal 2001 akibat masalah dalaman. Pertengahan 2001, siri tersebut diteruskan oleh karyawan lain tanpa jiwa dan semangat sebenar Keluang Man, maka ceritanya menjadi agak tonggang langgang sementelah permintaan pihak penyiar yang mahukan wataknya dikeluarkan dari persekitaran Taman Bahagia (pusat rawatan mental). Penerbit baru tanpa semangat dan jiwa yang kental, tanpa apa-apa perasaan, menurut sahaja kehendak tersebut dengan tidak mengambilkira olahan cerita yang segar, maka lama kelamaan siri tersebut kecundang dalam perebutan rating penonton lalu terkubur begitu sahaja tanpa kesudahan yang sebenar.
Teringin bersua muka dengan anda, mungkin di Acara-acara penting arena perkartunan. Sila maklumkan.

Tanpa Nama berkata...

Ameir/IbnuKaduk,

Terima kasih atas ucapan tahniah kepada karya politik yang masih muda dan mentah.

Dunia animasi, perkatunan dan ilustrasi ini masih kecil. Mungkin kita sudah pernah mengenali atau bersua muka tetapi tidak mengetahui nama antara satu sama lain.

Terakhir kita bersua mungkin di KYM ketika festival animasi, atau mungkin di Balai Seni dalam acara Dasar Pandang Ke Timur bersama Pak Hassan.

Mungkin kita akan bersua lagi di Pesta Buku Antarabangsa 2008 kerana aku banyak mengendalikan acara bersama Pekomik, www.pekomik.com antaranya, Bengkel Hakcipta, Pameran Ilustrasi Kanak-kanak, Forum Komik, acara conteng kain rentang dan lain-lain lagi.

Aku masih sedang berusaha untuk berjumpa PAk Hassan untuk tahu status persatuan animasi, Animas.

Aku sangat berharap ada insan-insan seperti Tuan Ameir teruskan menulis tentang perkembangan animasi agar kita dapat seiring dalam menaikkan animasi Malaysia.

Andai pemegang hakcipta Keluangman itu masih berminat memperbaiki lagi siri tersebut, teruskan!

Kami sokong!