15 Mei 2007

LAKARAN DARI TULISAN


© jOnOs 2007

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sdr jOnOs, assalamu'alaikum.

Wajah siapakah gerangan yang membina lakaran dari tulisan itu? Apakah pula ayat-ayatnya?

Sebenarnya kreativiti serupa itu pernah menjadi kegilaan semasa remaja dahulu... malangnya tidak tergarap sempurna ketika itu.

Namun, nampaknya dua cucu yang kini berumur 5 dan 4.5 tahun mula menunjukkan bakat. Meleleh-leleh air liurnya apabila melukis gambaran mindanya.

Tanpa Nama berkata...

Waalaikumsalam Tuan Sab2.

Sudah bercucu? Bermakna Tuan sudah jauh umur dari saya.

Saya yakin jika saya melihat lukisan cucu Tuan itu saya akan suka. Saya melakar lukisan berbentuk kanak2 dengan merujuk lakaran anak saudara saya yang berumur 5-9 tahun.

Wajah bertudung yang saya bina dari tulisan itu adalah wajah seorang penulis buku yang membuat kajian tentang bentuk tulisan tangan.

Wajah seorang lagi saya gunakan wajah pelakon barat yang saya perolehi dari internet. Sengaja untuk dijadikan panduan, saya sedang berlatih melukis dengan teknik itu.

Tulisan yang tertera adalah perkataan 'Tulisan Tangan'. Saya buat secara spontan mengikut imaginasi yang terlintas.Masih sedang mencuba.

Berilah sokongan dan galakan kepada cucu2 Tuan, mereka akan berjaya suatu hari nanti dengan bakat yang ada. Amin..

panaharjuna berkata...

Wow!, ini mengingatkan saya pada seorang pelukis barat yang menggunakan mesin taip untuk melukis wajah, kaedahnya hampir serupa dengan kaedah lakaran dari tulisan ini.

Syabas!

Tanpa Nama berkata...

Ye Dato Panah. Beliau sangat popular.

Tanpa Nama berkata...

Sdr jOnOs,
Alhamdulillah, sebenarnya saya mula awal... Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukannya. Hanya anak ke empat yang belum berumah tangga - baru 6 bulan berkerja.

Tiga orang cucu itu dipaparkan di blog saya... Dua yang berdekatan saya itu kini berada di Dubai.

Sememangnya tahap keseronokan bergurau dengan cucu amat berbedza dibanding anak sendiri! Mengapa? Tunggu sahaja tiba masanya! (kerana susah hendak cerita).

Saya baru bersara pilihan 6 bulan lalu (selepas berkhidmat 27 tahun dengan TNB /Kem Tenaga /LLN) untuk menumpu perhatian kepada bisnes latihan (membantu /dan membimbing anak lelaki saya) DAN bidang penulisan.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Sab2,Tabik!
Bagi saya pengalaman Tuan sangat hebat.27 tahun berkhidmat sudah tentu mengumpul banyak ilmu dan pengalaman hidup.

Saya akan ke blog Tuan melihat wajah2 cucu Tuan itu. Wajah2 seni pasti terpamer di air muka mereka.

Anak dan cucu Tuan amat beruntung. Saya nantikan buku tulisan Tuan.