21 April 2007





Setelah membaca sinopsis dan membuat perbincangan, pada peringkat permulaan aku membuat lakaran kasar watak-watak yang aku bayangkan. Apabila mendapat persetujuan pihak penerbit, aku membuat lakaran pensil yang agak bersih dan halus sebelum proses memasukkan dakwat. Segala proses secara manual selesai barulah aku memulakan proses mewarna secara digital. Untuk memilih warna yang sesuai juga agak sukar kerana ilustrasi ini sekali lagi akan digabungkan bersama lukisan catan gaya naive karya Yusof Gajah. Aku yang masih banyak kekurangan dalam proses mewarna secara digital ini akhirnya berjaya juga menyiapkan ilustrasi kulit novel drama karya Faisal Tehrani ini dengan membawa pengalaman baru untuk aku meneruskan ilustrasi aku di masa akan datang.







Watak Sahlan(kiri sekali), Ustaz Razlan(tengah), Dr.Mazlan(kanan).

5 ulasan:

Panaharjuna berkata...

Mana cover "memeluk gerhana" tu?, tempel la kat sini Dato!, ah Dato' ni leceh la...benda cam ni pun nak kasi tau ke datuk?

Kalamtimur berkata...

http://www.childrenslibrary.org/icdl/TextSearch?term=2574&lang=English&location=creator&view=text&page=1&route=author_English&sort=title
kat sinun bbrp ilustrasi buku oleh Rosli Hamid buku ditulis oleh Zabri Zakaria

Kalamtimur berkata...

http://www.childrenslibrary.org/icdl/AuthorList?lang=Malay

Tanpa Nama berkata...

Dato Panah..Tak tengok kat sebelah bawah ke Dato?Alllammak Dato...muka Dato kat gambar tu macam poster mengundi la Dato.Dun mana nak calon ni Dato?Ahahaha.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Cikgu Kalam,
Saya dah tengok tadi,menarik tu untuk dijadikan bahan di sini nanti.