08 April 2007

Ilustrasi Pameran.

'Hati-Hati Lintas Jalan'



A) Ilustrasi berjudul 'Rumah Saya' menggambarkan tempat berteduh suatu kehidupan sederhana sebuah keluarga bahagia.



B) 'Hujan Rintik-Rintik' menyampaikan mesej alam ciptaan Tuhan.



C) Zaman kanak-kanak yang disampaikan dalam ilustrasi berjudul 'Beri Makan Ayam'.



D) Tiga sekawan disergah dalam ilustrasi berjudul 'Jangan Pijak Rumput!'.





Ilustrasi berjudul 'Jangan Tunjuk Pelangi, Mari Main Layang-Layang!' adalah antara koleksi peribadi, juga telah dipamerkan sempena Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa 2007 di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY).


© jOnOs 2007

8 ulasan:

Mama berkata...

Tengok painting nie teringat masa kanak-kanak dulu, kita pun penah lukis2 gak..tapi lukisan kanak-kanak yang dianggap tak bermakna. ntah dimana lukisan itu semua.. tahniah pada jonos yang dapat menghasilkan lukisan2 yang menarik. kalau nak beli yang berjudul "Janagan Tunjuk Pelangi" berapa harga ye..?? :)

Tanpa Nama berkata...

Ooo Cutie pun tahu melukis. Seronok melukiskan? Boleh masuk dunia sendiri melalui imaginasi. Lukisan itu dihasilkan bila mengenang zaman kanak-kanak.
Harganya RM1500.00 berbingkai kayu warna hitam. Yang dipamerkan tidak disertai frame untuk memudahkan pihak MBBY menggantungkannya pada pameran tersebut.

Mama berkata...

kalau 1500 Riel boleh.. hehehe.. boleh beli gantung untuk anak nanti.. kuang kuang kuang..

Tanpa Nama berkata...

Boleh Cutie, tapi dapat tali penggantungnya sahaja..ehehehe.

Fauziah berkata...

akak dah biasa dgn kk. lukisan mrk mmg menarik. kita org dewasa je tak tahu menilainya. lukisan mrk ni transparent. kalau lukis kolam leh nmpk ikan kat dalam. kalau rajin bertanya kat mrk mesti ada 1001 mcm jawapan. seronok.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Kak G,saya punyai anak buah yang sangat pandai melukis.Saya sering minta mereka lukis gambar lori,pokok dan rumah. Dari situ saya akan belajar bagaimana melukis sesuatu yang sukar pelukis dewasa lakukan.

Tanpa Nama berkata...

cantiknya yang tengah ABCD tu. rasa nak nangis tgk. :)

jOnOs berkata...

Jangan nangis En Saharil. Haru nanti tetapi terim kasih kerana sudi menangisinya.Ahaha.