Biodata


                                    Latar Belakang

Dilahirkan pada tahun 1978 di Temerloh, Pahang. Mula melukis dan menjual lukisan seawal umur 7 tahun kepada rakan-rakan dan guru ketika di sekolah rendah dengan meniru watak-watak kartun popular dari luar negara. Ketika remaja, banyak menghabiskan masa dengan meniru lukisan yang diperolehi dari komik, majalah, akhbar dan bungkusan makanan ringan sebagai rujukan. Minat terhadap bidang lukisan mendorong saya untuk ke Kuala Lumpur bagi meneruskan bidang lukisan sebagai kerjaya.

Bermula sebagai seorang pelukis poster wayang di sebuah syarikat periklanan sekitar tahun 1996 di Kepong, Kuala Lumpur. Kemudian, beralih ke bidang animasi sebagai animator, pereka watak dan pelukis papan cerita selama lima tahun. Menghasilkan vcd animasi pendidikan, lima siri animasi tv popular dan sebuah filem animasi. Kerjaya dalam bidang animasi ditinggalkan pada tahun 2003 apabila menerima tawaran melukis di beberapa buah syarikat penerbitan buku dan majalah. 

Ketika bertugas di pelbagai syarikat penerbitan, saya banyak melukis ilustrasi buku dan kulit buku motivasi, pendidikan, novel, buku cerita bergambar kanak-kanak serta majalah. Terlibat menerbitkan 5 buah majalah kartun bermula tahun 2009 sehingga 2013, seperti Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun vol.1, 2, 3 sebagai ketua kartunis.

Saya turut melukis kartun berkaitan isu semasa & politik yang disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan, Era Pakatan dan menghasilkan animasi-animasi pendek yang diterbitkan oleh Zunar, KKI, Komas & Bersih 2.0 seperti, Hapuskan Pengundi Hantu, Hapuskan Politik Wang, Kebebasan Berhimpun, 1 Funny Malaysia, Bila Bik Mama Pakai Celana, Datuk Nazak & Antutuya, Manifesto Rakyat & Keluar Mengundi, Lawan Penipuan.

Selain melukis ilustrasi, saya juga mengajar melukis kartun dan melakar wajah secara langsung dalam bentuk karikatur di majlis makan malam korporat,hari keluarga, acara perasmian, pelancaran dan promosi produk di seluruh Malaysia.

Kini menjadi pelukis sepenuh masa dan menyediakan khidmat melukis kepada syarikat penerbitan buku, majalah dan animasi di dalam dan luar negara.

                                                 

Pendidikan

Ilustrasi:          Bengkel Ilustrasi Buku Bergambar Kanak-Kanak bersama Yusuf Gajah.
Seni Halus:      Studio Classic Billboards Sdn Bhd.
Animasi:          Studio Fine Animation Sdn Bhd.
Kartun:             Bengkel Kartun bersama Zunar.


Pengalaman

2012 - 2014:     Segmen Fleksibel Sdn Bhd (Kartunis, Animator & Pereka Grafik)
2011 - 2012:     PTS Islamika Sdn Bhd (Editor Kreatif Senior)
2009 - 2011:     Sepakat Efektif Sdn Bhd (Ketua Kartunis)
2009 - 2010:     In-Fusion Solutions Sdn Bhd (Animator Kontrak)
2003 - 2008:     Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd (Eksekutif Grafik dan Animasi).
1998 - 2003:     Fine Animation Sdn Bhd (Pelukis Utama Animasi dan Pereka Watak).
1998 - 1998:     Kalam Ilham Sdn Bhd (Pelukis Kulit Komik Sambilan)
1996 - 1998:     Classic Billboards Sdn Bhd ( Pelukis Poster Wayang).
1994 - 1995:     Pelukis Bebas.


Pencapaian

The Malaysian Book Of Records:  Melukis Kain Rentang Kartun Terpanjang, 330                                                                  Meter, 25 Jun 2005.
                      

Pameran

2013:   Pameran Kartun CAEF, Dataran Petaling Jaya, Selangor.
2009:   Pameran dan Lakaran Langsung Karikatur, Perak.
2008:   Pameran Folio Ilustrator Malaysia 2008, PWTC, Kuala Lumpur.
2007:   Pameran Ilustrasi Buku Kanak-kanak (MBBY), Hari Kanak-kanak Sedunia 2007,   
           Perpustakaan Seluruh Malaysia.
2007:   Pameran Kartun ‘Boikot Produk Danish’, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak,  
           Selangor.     
2006:   Pameran dan Lakaran Langsung Karikatur, majlis promosi pembukaan Marcy.
2002:   Pameran dan Lakaran Langsung Karikatur, Team Yahama, Pedas Wet World Water
           Park. 
2002:   Pameran Karya Animasi, Hari Terbuka Studio Fine Animation Sdn Bhd.
2002:   Pameran dan Lakaran Langsung Karikatur, Festival Filem Malaysia Ke-15.             2000:   Pameran Animasi, Festival Animasi Kolej Yayasan Melaka.
             

Tiada ulasan: