09 April 2007

Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa 2007

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) telah mengatur pelbagai aktiviti menarik pada 02-08 April 2007 Bersempena dengan Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa yang disambut pada 02 April setiap tahun dan meraikannya dengan tema, 'Buku Untukku dan Untukmu'.

Aku yang masih kerdil dalam dunia mempamerkan hasil karya diberi peluang dan ruang untuk mempamerkan ilustrasi buku kanak-kanak milik aku. Sebanyak tujuh ilustrasi koleksi peribadi telah aku pamerkan bersama sebelas ilustrator lain termasuk dua orang ilustrator buku kanak-kanak yang aku kagumi iaitu Yusuf Ismail atau dikenali dengan nama Yusuf Gajah dan Asmadi Abdul Wahab juga dikenali dengan nama Adi.

Majlis pelancaran yang telah berlangsung pada Isnin, 02 April 2007 jam 2:30 petang di ruang legar Perpustakaan Raja Tun Uda telah disempurnakan oleh YB Dato Ahmad Nawawi M Zin, Exco Pendidikan Negeri Selangor dengan jayanya manakala majlis penutup telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2, Klang pada Sabtu, 07 April 2007 dengan kerjasama Puteri UMNO Bahagian Kota Raja.

Program yang bertujuan meraikan kanak-kanak dengan dunia buku ini merupakan satu aktiviti menggalakkan kanak-kanak menghayati buku di dalam dunia persekitaran mereka. Program seperti ini sentiasa disambut meriah oleh negara-negara lain di dunia, PPAS dan MBBY telah merintis langkah untuk terus menjadikan buku dan kanak-kanak ke arah membina keamanan dan keharmonian dunia.

4 ulasan:

Mama berkata...

memang bagus program ini.. sayang kerana tak ada anak lagi.. kalau tak leh la gi beli buku2 atau lukisan jonos.. All the best jonos.. (",")

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Cutie...Anak? Usaha lebih..pasti rezeki akan tiba insyaallah.. Program ini akan berlanutan disetiap perpustakaan negeri, nantikan pameran ini di Perpustakaan Negara ye!

"Bila tu?"

"Entah! Aku pun tak pasti."

"Aha ha ha ha"

"Nanti bakal diumumkan didunia aku ni"

Panaharjuna berkata...

Tengah nak kelentong dato' la tu..tangan kat perut cam posisi dalam sembahyang tu...jangut dua jemput, misai melenting kunun-kunun garang la!, cabut bulu idung tu kang!, dah la buat blog tak bagi tau member!, pas tu tiba-tiba jer link ada kat pekomik. Nasib baik Emio dah letak, kalu tak aku racun jer!...hehehehe...
Ha!, bila nak belanja kawan-kawan ni dato'?

Tanpa Nama berkata...

Panah..panah..Aku santau kau cara siber baru kau tau! Cover perut tu Panah..cover perut. Janggut itu pun aku spray cat basikal bagi nampak banyak sikit, misai melenting ala-ala gerak gerak gerak khaaassss..khas untuk tatapan kau.Akah kah kah.
Terima kasih kerana link di peKOMIK.