03 April 2011

Memoir Gedung Kartun

Dua kosong kosong sembilan adalah tahun yang paling sibuk mengutip pengalaman baru dalam dunia kartun sehingga blog tidak sempat untuk dikemaskini. Terlibat menghasilkan beberapa naskah majalah kartun yang mahu dijadikan 'menu' baru buat pembaca, akhirnya terhenti pada Julai dua kosong satu kosong.

Sebuah kondominium dijadikan studio sementara untuk kami berkumpul bagi menjalankan proses awal penerbitan majalah ini. Di situlah perbincangan idea dan konsep bermula. Dua minggu kemudian, sebuah studio sebenar berjaya disediakan bertempat di Brickfields.

Pertemuan demi pertemuan bersama beberapa tenaga kreatif yang berpengalaman berlaku ketika proses menyiapkan naskah pertama. Idea dan kepakaran dikongsi bersama dan dibincangkan secara berkumpulan. Lakaran demi lakaran disiapkan, mengambil masa sekitar sebulan bagi melengkapkan kandungan naskah pertama yang diberi judul Gedung Kartun.


Gedung Kartun adalah sebuah majalah satira yang menyentuh isu semasa, memuatkan karikatur tokoh-tokoh politik tanahair setebal 68 halaman, dicetak sebanyak sepuluh ribu naskah. Ketika pembetulan dibuat pada proses akhir penyusunan halaman oleh pihak grafik, elektrik telah terputus selama dua jam.

Segala kerja-kerja akhir tertangguh sehingga sekitar jam dua pagi. Keesokkan harinya adalah jadual cetakan dan wakil pihak pencetak sedang bersedia untuk mengambil CD yang memuatkan soft copy majalah Gedung Kartun. Proses cetakan mengambil masa selama dua minggu.

Dua hari sebelum Gedung Kartun dihantar oleh pencetak kepada k
ami, studio telah dipecah masuk. Sejumlah 8 monitor komputer telah dicuri serta beberapa peralatan lain. Dua hari kemudian, apabila Gedung Kartun siap dicetak dan dihantar sebahagiannya ke studio, lapan orang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerbu dan merampas sebanyak 408 naskah.

Gedung Kartun diharamkan. Berita mengenai rampasan itu mula tersebar dengan cepat melalui Internet. Talian telefon tidak henti-henti berdering selama dua minggu kerana ramai pembaca mahu membuat tempahan dan belian secara atas talian.

Berita rampasan itu juga turut mendapat perhatian dari beberapa negara luar. Turut disiarkan di laman web Darry Caggle.com, sebuah laman web yang menyiarkan kartun politik
hasil kartunis terkenal seluruh dunia.

Permintaan terhadap Gedung Kartun sangat tinggi kerana kebanyakkan yang sudah diedar ke kedai-kedai turut dirampas. Ada perniaga yang tidak berani menjual dan memulangkannya semula ke studio kami.

Ada juga perniaga-perniaga kecil yang berniaga di tapak-tapak ceramah dan pasar malam datang sendiri ke studio untuk menjadi pengedar kepada majalah Gedung Kartun. Gedung Kartun hanya dapat dicetak satu keluaran sebagai edisi peng
enalan.


KDN serbu Gedung Kartun

Wong Shu Qi | Aug 25, 2009 11:19:51 am

Lukisan kartun kini mencungkil saraf politik apabila Pegawai Kanan Berkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat Gedung Kartun, dan merampas 408 naskah majalah dwibulan itu, pagi ini. Ketua Editor Gedung Kartun, Zunar walau bagaimanapun menolak permintaan untuk dibawa soal-siasat di pejabat KDN Selangor.

Menurut Pengarah Pentadbiran Syarikat Sepakat Efektif, Jasmine Ng, seramai lapan orang pegawai terlibat dalam tindakan rampasan ini, termasuk enam dari pejabat Shah Alam dan dua dari pejabat Putrajaya, diketuai Pegawai Kanan Berkuasa dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Nor Sadzilah.

Gedung Kartun adalah terbitan Syarikat Sepakat Efektif. Terbitan sulung majalah dwibulan yang berslogankan "majalah jenaka alternatif" ini ditemui di pasaran, mulai semalam. MerdekaReview dimaklumkan bahawa sejumlah 10,000 naskah dicetak dan kebanyakannya diedarkan. Pegawai KDN merampas kesemuanya 408 naskah majalahGedung Kartun yang tinggal di pejabat yang bertempat di Brickfield, Kuala Lumpur.

Alasan: Tanpa permit

Jasmine Ng ketika ditemuramah MerdekaReview, berkata Nor Sadzilah memaklumkan bahawa majalah Gedung Kartun melanggar undang-undang kerana tidak memiliki permit. Namun, Jasmine Ng membela bahawa pihak syarikatnya telah cuba mendapatkan permit pada 14 Ogos di pejabat KDN, dan diberikan nombor permitnya oleh pegawai di situ.

Menurut Jasmine Ng, pegawai yang memberikan nombor permit itu berkata, permit akan dikirim ke pejabatnya selepas itu. JasmineNgyang berpengalaman dalam penerbitan Suara Keadilan, berkata penerbitan boleh dimulakan hanya dengan nombor permit.

"Suara Keadilan juga dimulakan dengan diberikan nombor permit sahaja. Kami hanya menerima permit itu selepas tiga bulan," katanya.

Jasmine Ng menambah, menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, terbitan tunggal (bukan berkala) tidak memerlukan permit. "Gedung Kartun pertama kali diterbitkan, belum pun diterbitkan jilid kedua, ketiga dan seterusnya, jadi tiada alasan untuk mengambil tindakan terhadap kita mengikut apa akta pun."

"Untuk kami, ini sememangnya penguatkuasaan secara selektif," tekan Jasmine Ng yang tidak puas hati dengan Nor Sadzilah, yang disifatkannya "bersikap angkuh".

Najib disindir

Gedung Kartun merupakan karya Zunar, atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Haque selepas meninggalkan lidah Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan. Beliau pernah berkecimpung dalam dunia kartun sebelum ini, malah pernah bekerja di majalah Gila-Gila.

Zunar (gambar kiri berbaju hitam) terkenal dalam zaman reformasi pada akhir tahun 1990-an, menjadi kartunis kontroversi dengan beberapa karya yang sinis mempersendakan PM ketika itu, Mahathir Mohamad. Zunar juga pernah mengusik pemimpin pembangkang, misalnya Anwar Ibrahim dengan sindirian "demonstrasi-reformasi-'wait and see'".

Kali ini, Zunar kembali ke dunia kartun dengan majalahnya yang dijadualkan akan terbit dua kali setiap bulan, pada 10 dan 20 haribulan. Majalah dengan 68 halaman dan berharga RM4 ini, juga memuatkan tulisan seperti Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, dan Sasterawan Negara, A Samad Said.

Gedung Kartun menyerang pasaran dengan kartun "Najib tersalah naikkan bendera Mongolia pada hari Kemerdekaan" di muka depannya. Apakah ini sebab sebenarnya Gedung Kartun dirampas?

*Laporan ini ditulis Wong Shu Qi, wartawan MerdekaReview, diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.

Sumber: Klik di sini


© jOnOs 2010


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi, i think that i saw you visited my web
site thus i came to “return the favor”.I am trying
to find things to improve my site!I suppose its ok to use a few of your ideas!
!

Review my weblog: wills attorney

Tanpa Nama berkata...

Nice post. I learn something new and challenging on websites I stumbleupon every day.
It will always be helpful to read content from other writers and use a little something
from other sites.

My web site; probate attorney San Diego

Tanpa Nama berkata...

Its like you read my mind! You seem to know so much about
this, like you wrote the book in it or something.
I think that you could do with a few pics to drive the message home a little bit, but other than that, this is
fantastic blog. An excellent read. I will definitely be back.



my web blog :: http://cdinterface.sourceforge.net/

Tanpa Nama berkata...

I'm not sure exactly why but this site is loading incredibly slow for me. Is anyone else having this problem or is it a issue on my end? I'll chеcκ bаck later on anԁ see іf the ρroblеm still exiѕts.



Аlso visіt mу blοg poѕt: herbal party pills

Tanpa Nama berkata...

Hmm is anyone else encountering problems with the pictures on
this blog loading? I'm trying to determine if its a problem on my end or if it's the blog.
Any responses would be greatly appreciated.

Here is my site Video Production

Tanpa Nama berkata...

Incredible! This blog looks exactly like my old one! It's on a completely different subject but it has pretty much the same page layout and design. Superb choice of colors!

Review my blog: Haley

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)