30 Oktober 2008

Dalam Aku Ada DIA


Dalam kesibukan ahli-ahli itu mengira jumlah sokongan memilih calon yang itu dan yang ini.

Dalam Pak Menteri dan Timbalannya itu sibuk menghitung masa peralihan kuasa, hari demi hari.

Dalam Pakatan itu sibuk berpakat-pakat menuju Putrajaya, bukan rombongan suka-suka.

Ada aku...
Juga dalam kesibukan menghitung-hitung masa.
Terlena dalam berfikir perkara dunia dan akhirat.

Aku juga mahu perubahan.
Dan itu akan berlaku pasti.
Akhirnya!

© jOnOs 2008

11 ulasan:

azhar berkata...

ishhh kesian abe Jonos..

punyala pulun kerja keras..

cayalah..itu semangat yg kita mau..

InsyAllah..kalu kita bersabar...
ada la rezeki dan kejayaan dari-Nya...

jOnOs berkata...

Azhar,

Tabik!

aMeir berkata...

Tabik!
Tabik!
Tabik!
Untuk KPN kerana mencadangkan Motorsikal tidak dibenarkan masuk ke Bandaraya bagi mengekang kegiatan peragut.

Wey, peragut bukan kat bandaraya aje la. Kat pasarmalam pun, kat tepi longkang pu, kat mana-mana pun ada. Patutnya dilarang BN!

Tabik incik Jonos, evolusi Logo UMNO mu banyak kenakalannya.

jOnOs berkata...

Ameir,
Peragut itu jahat.

Dan

Penjahat itu ada di mana-mana

Di TINGKAT 4 bangunan kat 'nun' pun adaaaa...

Evolusi Logo yg patut di t-shirt kan. Ha ha ha.

syu_sufyy berkata...

Ciannya En JOnos. terharunya tengok kesungguhan En bekerja.. huhuhu... emoga Allah menilainya dengan ganjaran yang hebat. Aminnn...

jOnOs berkata...

Syu_suffy,

Amin.

:)

Mdm.Zend berkata...

macam dah nak dekat jer perubahan tuh...betul kew?...bestnyer...hihihi

jOnOs berkata...

Mdm Zend,
Betul...betul..betul...

Roti Kacang Merah berkata...

jangan lupa antar 'kad perubahan' nanti yeaaa *winks*

fandi berkata...

salam, aku tak tahu hujung pangkal, tetapi aku aminkan jugalah perubahan utk kebaikan dari encik jonos. amiinn!

jOnOs berkata...

R.K.M,
Ha ha ha. Kad 'perubahan' itu akan dihantar.
Kad 'perubahan' kerajaan sedang diusahakan.

Fandi,
Salam, yang timbul itulah hujung dan yang tenggelam itulah pangkalnya.

Ampunkan patik Tuanku.

Amin.