Mungkin tidak ramai yang mengenali Zulkiflee bin S.M. Anwar Ulhaque, anak kelahiran Bukit Junun, Gurun, Kedah ini. Mula berkarya seawal tahun 1973 di majalah 'Bambino', kemudian kartun karyanya mula tersiar di majalah 'Kisah Cinta' dan akhbar 'Mingguan Perdana'.
Zulkiflee bin S.M. Anwar Ulhaque adalah nama sebenar kartunis yang terkenal dengan nama samarannya Zunar. Zunar seterusnya berkarya bersama majalah 'Gila-Gila' terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd. Ideanya yang sinis, mula menarik perhatian pembaca juga penerbit lalu ditempatkan kartun karya Zunar di dalam majalah sisipan 'Gila-Gila', 'Cili Padi' dengan kartun berjudul 'Gebang-gebang'.
Atas sambutan peminat serta pembaca 'Cili Padi' yang begitu menggalakkan, 'Gebang-gebang' akhirnya diterbitkan dalam bentuk koleksi. Zunar juga pernah memegang jawatan sebagai setiausaha Persatuan Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pekartun). 'Papa' pula merupakan karya Zunar yang disiarkan bersama akhbar 'Berita Harian' dalam bentuk kartun strip. Selain itu kartun berjudul 'Cinta Tak Semestinya Bersatu' dengan watak pasangan kekasih 'Liza' dan 'Kadok', 'Ofis Corner' yang memaparkan ragam kakitangan-kakitangan pejabat antara karya Zunar yang masih dicari pembaca serta peminat bagi generasi baru sebagai simpanan koleksi peribadi masing-masing.
Pada sekitar tahun 1998, atas rasa tanggungjawab beliau sebagai kartunis yang ingin menyampaikan sesuatu kepada masyarakat, Zunar mula beralih kepada bentuk kartun politik. Kali ini kartun politik hasil karyanya diterbitkan bersama akhbar 'Harakah'. Idea-idea tajam dengan humor yang sinis menunjukkan kematangan beliau dalam berkarya. Gaya lukisan kartun yang unik serta karikatur wajah ahli politik terkini dan terdahulu sering mencuit hati pembaca dan peminatnya dengan penyampaian mesej yang penuh makna.
Zunar masih bergerak aktif membentuk bakat-bakat baru sebagai kartunis pelapis di dalam bengkel kartun bersama beliau pada penghujung tahun 2006. Sifatnya yang kelakar dan suka bergurau menimbulkan satu suasana yang ceria bagi setiap sesi pembelajaran di dalam bengkel yang dianjurkan.
Buat peminat-peminat kartun karya Zunar yang telah lama menunggu, sebuah koleksi terbaru beliau telah berada di pasaran berjudul 'Cartoons On Tun And Others'. Bagi yang ingin melihat rakaman pelancaran buku itu serta gambar-gambar boleh menziarahi....http://blog.twilight-zones.com/?p=107 dan yang ingn membeli secara on line sila ke http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=659 .
Zunar kini masih lagi berkarya untuk kartun politik di akhbar 'Harakah', 'Suara Keadilan', dan 'Wasilah'. Sebuah buku yang berjudul 'Ayah Kita Bos' hasil tulisan 'Si Naga-naga' dan 'Tok Rimau' turut menyiarkan kartun sentuhan Zunar.
11 ulasan:
Salam..
antara kenangan aku dgn cik zunar kita ni..yg buat aku tergelak..
bilik opis dia dulu di melawati punyalah penuh sampah.. terkejut semut aku dibuatnya..siap ada notis.. 'sila buang sampah merata-rata'
yg lain.. kira aku tabik spring dia sbg cikgu kartun masa kelas kartun di balai seni lukis dgn arwah pak jab 1995 dulu gak..
pastu kenangan beli keta mini dia yg last2 aku jadikan muzium x bergerak utk 3-4 tahun.. haha..
mana dia aa?? nak ajak dia belanja bayar minum & mkn .
Akah kah kah kah.Oraet, jom jumpa Cikgu Zunar kat Central Market. Dia buat pameran kecil-kecilan dan beberapa program. 6 Mei 07 jam 5:00pm sampai 7:00pm
kat majalah G3 terbaru isu Mei, depa pun ada update pasak kartunis ZUNAR.
Wah!Kena beli tu Cikgu Kalam. Nanti saya cari kat pwtc. 6 Arpil saya akan buat liputan tentang acara beliau di Central Market.Insyaallah.
teruja yang amat senarai event kat PBAKL dari dopolohtujos April hingga nam Mei. apokan dayo, poi pokan naik beskal hahaha... (ni lagu peberet Panah)
Ahahah..Takpe Cikgu Kalam,yang mana saya tersempat nak buat liputan saya akan buat dan siarkan.
sib baek saya x keja lagi dgn publishing house. kalu ada offer dpt kerja bley la melepak fiesta buku free
Ahaha.Oret,hari tu tak jumpa pun kat pwtc.Ahad 6 mei jumpa di Central Market jom!Kita ziarah Tuan Zunar.
x smpat nak gi blakang pentas la bra..
anak2 sudah penat.. mak bapak ingat nak serau dua lg pusing. anak2 keletihan.. hari rabu gi lagi dgn org rumah.. 20-30 kali pusing booth al-ameen.. x nampak batang ehh.. bayang cik jOnOs pun..
hari ahad 6 hb turun lg.. ada miting PeKOMIK..kalu smpat singgah nant CM..
ahaha..Oraet,En jOnOs rabu tengok spiderman 3.Sabtu ni ada pagi kat pentas untuk pelancaran..ahad pagi pun sama,habis pelancaran ke pekomik, petang 5-6 pelancaran novel Faisal Tehrani,mungkin lewat ke CM.
"teruja yang amat senarai event kat PBAKL dari dopolohtujos April hingga nam Mei. apokan dayo, poi pokan naik beskal hahaha... (ni lagu peberet Panah)"
Sekarang ni dah naik pangkat, jadi Sarjan - Sarjan John Bravo J. Lagu kegemaran pun dah tukar, lagu "wake me up when PBKL end" ..opp silap.., wake me up when september come , hehehee....
Catat Ulasan