21 April 2007

Ilustrasi Kulit Novel








Menghasilkan kelainan di dalam sebuah ilustrasi yang ingin dijadikan penghias kulit novel bukanlah suatu kerja yang mudah lebih-lebih lagi pada waktu yang singkat. Aku telah menerima satu tugasan bagi menghasilkan ilustrasi penghias kulit novel, 'Memeluk Gerhana' karya Isa Kamari. Pengalaman ini amat mencabar bagi ilustrator yang masih mentah seperti aku. Banyak lakaran yang telah dibuat selepas sesi perbincangan dalam kumpulan kerja. Setelah membaca sebahagian sinopsis dan pengenalan watak di dalam novel ini, aku melakarkan lukisan berbentuk 'oranglidi' sebanyak yang mungkin bagi mendapatkan idea. Berikut adalah sebahagian lakaran yang dihasilkan selepas beberapa lakaran berbentuk 'oranglidi' dilakukan. Turut terlibat dalam penghasilan kulit novel ini adalah pelukis terkenal dengan gaya naive iaitu Yusof Gajah dan Nur Azmi bersama rekaan grafik oleh Khyrul Alfie. Buat rakan-rakan seperjuangan yang berpengalaman, harap dapat memberikan aku pendapat, pandangan dan tunjuk ajar setelah menilai hasil kerja aku ini untuk aku jadikan panduan pada karya aku di masa akan datang.

2 ulasan:

Kalamtimur berkata...

Wah,first impression,memang suka gaya dan stail lukisan naive. teringat zaman pelukis-pelukis tersohor di majalah dan novel2 Dewan Bahasa dan Pustaka - Matthassan@Mohas, Maznor(Mazlan Noor)dan ramai lagi yang dah terlupa nama mereka.

Tanpa Nama berkata...

Waahhh..Kena cari-cari tu CikguKalam. Penting untuk rujukan generasi akan datang. Rupanya setelah saya meneroka, sangat ramai insan seni berbakat besar di Malaysia ni.