20 April 2007

Ibu, Motivator dan Ilustrator

Puan Nur Jannah Dini, ibu kepada empat belas orang anak. Empat daripada anak beliau adalah kembar seiras. Bagi pembaca majalah 'Anasihah' diterbitkan sekitar tahun 80an pasti biasa melihat nama pelukisnya Ibnu Yaqin dan di majalah 'Al-Ain' dengan nama Jannah. Kedua-dua nama samaran tersebut digunakan Puan Nur Jannah Dini suatu ketika dahulu. Bakat seni lukis yang diwarisi dari bapanya, Kartunis Dinie Jurie yang menghasilkan kartun Long&Dogol di 'Utusan Malaysia' pada akhir 70an kini mengalir dalam dirinya. Puan Nur Jannah Dini kini merupakan seorang ilustrator yang cukup berpengalaman dalam menghasilkan ilustrasi buku kanak-kanak. Setiap ilustrasi yang dihasilkan beliau menampakkan ketelitian kerja serta kepekaan terhadap apa yang berlaku di sekeliling. Mimik muka, aksi, pakaian, susun letak karektor dan latar belakang cukup membuatkan suasana di dalam ilustrasi itu hidup. Setiap kali hendak mula melukis, beliau akan meneliti arahan yang diberi untuk difahami dan mencari rujukan jika ianya sesuatu yang jarang dilihat di sekeliling. Bagi ilustrasi buku cerita kanak-kanak yang memerlukan watak kanak-kanak untuk dilukis, Puan Nur Janah Dini menjadikan anak-anak beliau sebagai sumber inspirasi bagi mendapatkan gambaran aksi, bentuk tangan, mimik muka, juga kedut pakaian setiap aksi pergerakan. Ilustrasinya juga pernah digunakan oleh kumpulan nasyid terkenal dalam sebuah pembikinan video klip bagi album nasyid mereka. Puan Nur Jannah Dini kini masih aktif melukis ilustrasi untuk majalah kanak-kanak, buku cerita dan pendidikan kanak-kanak kepada beberapa buah syarikat penerbitan. Selain itu beliau sering diundang sebagai motivator dan sedia menerima sebarang jemputan bagi program motivasi keluarga. Bagi mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau boleh terus menghubungi telefon bimbit beliau di nombor 016-238 2792.

8 ulasan:

Kalamtimur berkata...

Puan Nur Jannah ini adakah puteri kepada kartunis Dinie Jurie?

Tanpa Nama berkata...

Nanti saya akan dapatkan kepastian itu Cikgu Kalam, setahu saya memang Tuan Dini ayah kepada Puan Nur Jannah ini juga pelukis. Beliau juga seorang penulis khat yang cukup dikenali. Tentang namanya Dinie Jurie dalam arena kartun saya kurang pasti. Mungkin juga orang yang sama. Orang lama tu Cikgu Kalam..

Kalamtimur berkata...

Lukisan puan NurJannah memang saya pernah tengok dalam majalah keluran syarikat tempat Rosdin pernah kerja, kalau tak silap majalah An'Nur.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Cikgu Kalam. Lukisan itu juga digunakan untuk video klip lagu nasyid. Saya sudah menghubungi beliau mendapatkan sumber yang tepat. Benar, beliau adalah anak kepada Kartuunis Dinie Jurie di Utusan Malaysia dengan kartun Long&Dogol sekitar tahun 70an.

Mama berkata...

beliau memang hebat.. dan ramah orangnye..saya kagum dapat uruskan 14 org anak dengan baik.. Semoga saya diberi kekuatan dan kelebihan mcm beliau..hehhe

jOnOs berkata...

Cutie, pergilah ke program motivasi keluarga bersama beliau bagi mendapatkan petuanya. Ehehe.

Kalamtimur berkata...

up sikit dengan kartun/ilustrasi Puan Jannah.

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah Cikgu Kalam. Saya akan siarkan nanti.